Assalamualaikum ya habibati. Huhu
Bersempena Hari Guru lepas, teringat kisah-kisah zaman sekolah. Nak kata aku nakal, tak jugak. Skema tu boleh la. Hahaha. Nakal nakal skema orang kata.
Seskema empunya diri pun pernah kena denda. Yes. And i didn't tell my parents because i didn't think it will be any harmed to me & it was an unforgettable memory.
1. Berdiri atas kerusi/meja
Mostly masa zaman primary school, kelas Pn. Norsilawati. Siapa tak dapat jawab soalan Maths, kena berdiri. Then, atas kerusi,if tak dapat jawab lagi. Still tak dapat jawab gak, meja la jawabnya. Jawab sampai betul baru duduk. Style betul kelas Pn. Nor. Bukan takat jawab soalan, kitorg pun kena berdiri bila nak amik kertas ujian. Pn. Nor pun announced one by one from the lowest mark till the top scorer.
2. Ketuk ketampi
Hahaha. Ini takleh lupa. Tu laahhh...budak skema konon nak jadi jahat! Kitorg dapat homework Mandarin untuk cuti akhir tahun. Pastu, kat dorm, Kak Sofiah dengan nada malas malas kelakar (Oottokae? Haha) , "Alaaa, awak takyah buat. Lăo shì takkan tanya." So, i did believe she said.
Prep malam i still confident yang lao shi takkan la denda denda bagai tapi tetap tanya siapa yang tak siap. Nak cari geng tak buat kerja. Hahaha. Adalah 2,3 org yang tak buat (tak termasuk laki).
Next day, lao shi tanya pasal homework. She did check our homework one by one and It was a twist. Lăo shì did punished to those who didn't finished their homework. Kitorg kena berdiri memanjang kat luar and did ketuk ketampi. Malu !
Budak kelas form 2 lain semua tengok & even form 4 pun. Semua gelak2 tapi apa nak buat. Salah diri kan.
3. Bersihkan bilik khas
Masa form 5. Alasan? Tak pakai lencana/tanda nama hari Isnin. Ust Kamal denda buat khidmat bakti. Tapi kitorg yg form 5 buat syarat pegang kain & lap tingkap sikit2 and then tulis nama untuk kehadiran. Lulzz sangat.
4. Piat telinga
Ada roll call kat ASPURI (Asrama Puteri). Warden, Cg. Has & Teacher Huda bagi teguran. Serious and then happy ending.
Siapa pernah bawa barang terlarang ke apa, sila ke depan. Ikut batch. Ragu ragu gak nak gi. Sebab speaker ni barang larangan ke tak ehh...pergi je lah depan kang tak lopeh SPM aku.
"Hah Alia,kau bawa apa?"
"Speaker cikgu."
"Kau nak buat apa dengan speaker. Kau nak gegat satu sekolah ke~~ *sambil kena piat telinga*"
Dah la kat tengah tengah laman aspuri. Adoyaii. Jatuh imej akak garang. Kahkah
Cerita Awin lagi lawak. Terbawa sim kad adik. Yelah. Kitorg dulu batch yang agak takut takut gak buat jahat tapi buat je senyap senyap. Hahaha. Tapi dah cikgu suruh ngaku, ngaku je lah.
Ni je kot pernah aku kena...macam ada tapi tak berapa ingat. Ahaha
Anyway, HAPPY TEACHER DAY to all my beloved teachers. Walaupun cikgu mungkin ada yang tak ingat atau kurang mengenali saya, tidak mengapa. Asalkan saya sebagai murid cikgu terus kenang jasa & pengorbanan cikgu. Ingat dirimu dalam doa ku. Saranghaeyo cikgu cikgu!
Al-Fatihah Ustzah Teh, guru Tadika Islam Ummu Ain
Adios amigo.
No comments:
Post a Comment