Saturday, 16 May 2015

Masalah kita

Assalamualaikum .

! ! WA R N I N G !!

**You might not agreed with me and i don't mind with it. BUT! Please respect my opinions.**



"Thailand & Malaysia menolak pelarian Rohingya dan seluruh dunia menyalahkan negara-negara ini"

Alasan yang diberikan...


Thailand:
"If they break the law and land in Thailand, how can we take care of them?" Thai Prime Minister Prayuth Chan-ocha told reporters Thursday. "Where will the budget come from? That money will need to come from Thai people's taxes, right?"

Malaysia:
"What do you expect us to do?" Malaysian Deputy Home Minister Wan Junaidi Jafaar was quoted by The Guardian as saying. "We have been very nice to the people who broke into our border. We have treated them humanely, but they cannot be flooding our shores like this."

Saya setuju sedikit sebanyak apa yang Wan Junaidi Jaafar katakan.

Ya. Kita boleh dan sudi membantu mereka dari segi pakaian, makanan dan minuman. Ramai rakyat Malaysia mampu berbuat demikian. Ramai yang berebut-rebut nak jadikan anak-anak kecil Rohingya sebagai anak angkat. Tetapi tidak untuk tempat tinggal. Tidak ketika keadaan mentaliti kita yang tahap darurat dah aku kira. 

Bersediakah kita menerima saudara Rohingya kita? lihatlah mentaliti kita. Dua tiga orang Bangla nak tengok orang buat korban pun kena halau. Inikan pula 6,000 atau mungkin lebih orang Rohingya

Ya...memang tanah ini bukan milik kita. Ia milik Allah. YES. INI MILIK ALLAH dah tu bila tang pee-arr, bii-enn, dappp dapp tu berebut kawasan bagai, kau taknak pung pang pasal tanah ni milik Allah. Nanti bila PR akan datang, ada yang salahkan orang Rohingya "dirasuah" untuk undi certain parti. Pulakkk dah. Sanggupkah kita "mengorbankan" saudara kita yang tak tahu pasal keadaan di tanah air kita? Nanti mula lah yang saling menyalahi."Tu lah, sokong parti XX. Rakyat merana, pemimpin bersuka ria."

I really hate this thing. Kita buat salah tapi salahkan insan-insan yang tak berdosa. Babitkan mereka yang innocent untuk jadi bahan mainan politik kita. 

Kalau bas pun penuh dengan warga asing yang sedia ada kita dah takut and rasa insecure nak naik pengangkutan awam (padahal diorg bukan buat apapun), inikan pula bila orang Rohingya masuk... Jangan tanya kenapa ramai meroyan kat media sosial.

Sebenarnya, yang aku tak tahan, ramai yang marah kita tak ambil atau selamatkan orang Rohingya dan ada pula yang membandingkan kita sewaktu membantu rakyat Palestin dan Syria. Panas teman panas teman.

Dah tu, kau tak mengamuk kat Myammar yang halau diorang, yang tindas diorang dari dulu. Kes orang Rohingya dah lama cuma buntut kita ni panas bila kes "Malaysia menolak kehadiran warga Rohingya..." 

Sahabat-sahabat, kita mesti terus bantu saudara seIslam kita. Tak kisah warga apapun. Tak dapat banyak, sikit pun cukup. Alhamdulillah Acheh sudi menerima mereka dan saya setuju orang Rohingya ditempatkan sementara di sana sehingga mereka merampas kembali hak mereka di Myammar.

Ya. Keadaan Acheh yang dikira stabil dan suasana Islamik itu lebih terasa dari kita. Sangat sesuai untuk orang Rohingya. Saya berdoa agar Acheh menerima mereka dengan hati terbuka. Kalau kita nak bahagi-bahagi kan pun boleh, Separuh kat Indonesia, separuh kat Malaysia. Tapi jangankita pisahkan yang dah berkeluarga. Letakkan mereka bersama.

Solusinya, kita sebagai negara jiran, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Vietnam. Senang citer negara-negara ASEAN dan lebih baik semua negara diseluruh dunia membantu menyalurkan sumbangan. Tak perlu tunggu conference ASEAN bagai. Take an action terus!! Buang masa buat mesyuarat tapi kata sepakat takde. Isu Rohingya dah lama tapi pemimpin negara ASEAN tak reti-reti nak terus nasihat Myammar. Mungkin ada tapi asal solusinya tak nampak bayang. Sikit pun tarak. 

Jadi....Acheh,Indonesia boleh sediakan tempat. Sumbangan makanan, minuman, pakaian dan keperluan lain boleh diberi oleh negara ASEAN & OIC (because they are Muslims and Muslims shall help each other). Malaysia dan negara OIC yang lain, bantu orang Rohingya dari segi ilmu agama terutamanya. Sama-samalah kita membantu mereka menjaga agama Islam yamg kita junjung. Haa...bahagian perubatan jangan lupa. Doktor-doktor boleh jadi sukarelawan. Mesti ada punya team sukarelawan doktor.

Ramadan bakal tiba, tak salah kita terbangkan Imam dari Palestin untuk mengimamkan solat terawih di Acheh dan kongsi pengalaman kepada orang Rohingya di sana supaya semangat jihad mereka dikembalikan.

ALLAHUAKBAR!!

Sahabat-sahabat. Mari kita renungkan penghijrahan Rasulullah S.A.W dan kaum Muhajirin. Mereka berhijrah ke Madinah dan memulakan kehidupan yang lebih baik. Kaum Ansar layan mereka dengan baik. Setelah itu, mereka pulang ke Mekah, pulang ke tempat asal mereka.

Adios.







No comments: