Labuhnya tirai 2013 dengan pelbagai isu yang timbul, pengalaman yang manis dan pengajaran yang bermakna.
Sebentar tadi,
tanggal 31 Disember 2013,
menerima khabar berita,
perlu ku sebut dukacita? ataupun sukacita?
Berita kematian...
Perginya bonda senior segayong kami,
perginya bapa kepada sahabat kami,
perginya juga insan bernama Aden, vokalis utama kumpulan Edcoustic.
Bagi ku, ia berita gembira,
kerna,
dunia hampir kiamat,
Allah sangat menyayangi mereka,
jauhkan mereka daripada fitnah Dajjal, fitnah dunia.
dan tempat kan mereka dengan para solihin.
Namun,
tidak bermakna kita yang masih hidup ini tidak berada dalam lembayung kasih sayangNya...
Kasih sayang Allah itu hadir dengan pelbagai cara.
Nikmat.
Dugaan.
Pelbagai.
Muhasabah cinta.
Kerapnya bermuhasabah sebelum tidur,
insyaAllah,
menguatkan lagi motivasi diri untuk hidup keranaNya.
mengakui silapnya diri,
menurunkan ego.
mengakui silapnya diri,
membaiki kesilapan yang lalu,
pengajaran berguna dalam hidup.
Ya.
Sejak dua menjak ini, aku kerap memutarkan lagu Muhasabah Cinta,
dendangan kumpulan Edcoustic.
Sungguh bermakna.
Akhir-akhir ini juga, aku agak kerap misplace atau tertinggal barang penting ku seperti dompet, cermin mata dan juga telefon bimbit.
Lupanya barang penting, adakah petanda ajal ku makin hampir?
Wallahu'alam.
Semoga segala kerja ku, hidup ku juga mati ku hanya keranaMu.
Ameen.
Hayati.
Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...
Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu
Daripada Abu Hurarirah R.A katanya,
Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, "Umat ku akan ditimpa dengan penyakit - penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit - penyakit umat terdahulu itu?"
Nabi S.A.W menjawab, "Penyakit-penyakit itu adalah - terlalu banyak berseronok, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, saling memarahi dan hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi."
(Riwayat Hakim)
Walaupun laman ini tiada pengunjung yang berpusu-pusu,
namun,
ku tetap mahu memohon maaf di sini juga.
Marah ku bukan tanda benci,
bukan juga tanda keji,
tapi mengajari,
apa yang baik, apa yang buruk.
Emosi ku jua ada turun, naik.
Justeru,
jangan kerap mendampingi ku di waktu selesa sahaja,
kerna engkau akan sesal jika zon selesa itu goyah.
berkawan, bersahabat tanpa ada cabaran,
tiada erti hidup.
-aliaazam-
Manfaatkan nikmat Illahi,
usia jangan di sia - sia.
Ingatan untuk mu, ingatan untuk ku jua.
Aliyyah Azzam
01012014
No comments:
Post a Comment