Tuesday, 31 December 2013

Manusia itu Lucu

Assalamualaikum wbt.

    Bukan mendabik dada mengatakan aku seorang suka cabaran.
    bukan juga membangga diri sebagai seorang yang bijak dalam menghadapi cabaran.

Tidak sama sekali.

Sedikit perasan itu timbul
tapi pantas disanggah.

cuma,
aku ingin rakan-rakan ku menjadi seorang yang kental, kuat
  kuat bukan pada fizikal, tapi mental
kerna itu kelemahan kita sebagai orang Melayu.
Moga ada bekalan ini,
kita kuat 'melawan' musuh kita.

Manusia itu Lucu

Hati rasa panas,
emosi terus mengganas,
garis masa menjadi deras,
orang mula berbalas-balas,
fitnah meluas.

Kita buat silap,
sedar dan sentap,
maaf terpancul
walau bibir terasa nak diketap.
Hilang ego yang meluap.

Namun,
jangan harap
manusia semua sama.

Pabila maaf dipohon,
Mereka berbalas dengan manis,
konon,
hendak menjaga hati.

Ruang diberi,
untuk mencari,
titik harmoni.

Kenapa tidak jujur?
Kenapa perlu di laman sosial?

Lucu.
Bagiku sungguh lucu.

Mungkin kalian bisa begitu.
Begitu damai membatu
di ruang itu.

Nasihat ku,
keluar dari situ,
kalau tak mahu termangu.

~aliaazam

25 Disember 2013

No comments: